Seorang pengarah urusan syarikat swasta direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes pemalsuan tuntutan berjumlah RM1.3 juta.<br /><br />Majistret Zubaidah Sharkawi membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap suspek berusia 52 tahun di Mahkamah Kuching pada Khamis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
